Chat cni ramai2 taw.. Jgn gaduh dn cakap benda x elok

Sunday, December 19, 2010

Angel Tersingkir di Semi-Final

Salam. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.. Itulah pepatah yg sesuai bagi membayangkn situasi angel sekarang ini. Tapi apapun, angel sudah mlakukan percubaan yg baik untuk melayakkan diri ke final. Cuma, rezki je yg x menyebelahi. Apa2 pun, admin yakin Angel x kan terlepas mgikuti perkembangan utk final mggu depan. Bagaimanapun, admin dapat kesan ada sedikit kekurangan yg ada dlm persembahan Pakai Buang hari Sabtu yg lalu. Angel menyanyikan lagu itu dgn agak bersahaja, lagu tu ada elemen 'kasar' yg dibawa oleh Stacy sblum ni. Tapi Angel mungkin leka sdikit dn terlepas pandang. Bagi admin, ada juga baiknya kalau Angel tiru sdikit ton stacy... Sbb, mcm manapun kita cuba tiru suara org, x kn sama punye.. Taktik ni jugak dh biasa diguna oleh artis2 realiti tv yg lain- jadi x da masalh klu angel nk cuba. Takpela, angel redha sbb x de rezki. Admin yakin suara Angel ada potensi utk dtingkatkan lagi... Admin perjuangan angel x kan terhenti bgitu saja dlm bidang seni ni. Apa2 pun, doakan yg terbaik utk angel pada masa dpan yer!!

Monday, December 13, 2010

Biodata Angel (Real Version)



Nama: Angelica Paujin
Nama Gelaran: Angel
Tagline: Sabah boleh bah!
Umur: 11 tahun
Tarikh Lahir: 20 November 1999
Asal: Sabah
Adik Beradik: Sulung daripada 5 beradik
Hobi: Menyanyi dan menari
Cita-cita: Pramugari
Bakat: Bermain piano
Subjek Kegemaran: Matematik dan Sains
Penyanyi kegemaran: Celine Dion
Lagu kegemaran: I’ll Be There (nyanyian Charice)
Makanan kegemaran: KFC
Minuman kegemaran: Coca-cola
Haiwan kegemaran: Arnab


Ni pula biodata sebenar kawan2 Angel!!

Deeba...Nama: Nur Hamiylia Adiba bt. Hamzaidi
Nama Gelaran: Adiba
Tagline: Shh… Shh… I’m yours!
Umur: 10 tahun
Tarikh Lahir: 15 Mac 2000
Asal: Perlis
Adik Beradik: Bongsu daripada 3 beradik
Hobi: Menyanyi, menari, dan membaca
Cita-cita: Peguam
Bakat: Bermain organ dan menari
Subjek Kegemaran: Matematik
Penyanyi kegemaran: Ella
Lagu kegemaran: Ku Tahu Kau Rindu (nyanyian Ella)
Makanan kegemaran: Beef steak
Minuman kegemaran: Milo 'O' ais
Haiwan kegemaran: Kucing

Gambar Adiba


Deera..


Nama: Nadeera Allisya bt. Aminudin
Nama Gelaran: Deera
Tagline: Go baby, go.. Girl power!
Umur: 11 tahun
Tarikh Lahir: 3 Disember 1999
Asal: Johor
Adik Beradik: Bongsu daripada 5 beradik
Hobi: Bermain basikal
Cita-cita: Guru vokal
Bakat: Bermain piano
Subjek Kegemaran: Bahasa Melayu
Penyanyi kegemaran: Mila
Lagu kegemaran: Persis Mutiara (nyanyian Mila)
Makanan kegemaran: Sushi
Minuman kegemaran: Peach ice blended
Haiwan kegemaran: Kucing

Idola Kecil 3 Minggu 3 dan 4

Keputusan Idola Kecil 3 Minggu Keempat(Ke-4) malam ini adalah diluar jangkaan peminat Idola Kecil 3. Percaya atau tidak, Deera Idola Kecil 3 tersingkir awal.

Secara keseluruhannya setiap peserta Idola Kecil 3 memang memberikan persembahan yang sangat mantap sekali! Memang dapat dilihat perbezaannya dengan konsert minggu ketiga idola kecil 3 yang lepas dimana peserta masih kelihatan gugup tetapi kali ini tidak lagi.

Tema minggu 4 idola kecil 3 kali ini ialah Rock dan Indie! Semua pesert memberikan persembahan terbaik mereka dan sudah pasti juri professional idola kecil 3 malam ini sukar membuat keputusan. Walaubagaimanapun sudah tertulis bahawa pemegang mikrofon biru iaitu Deera telah tersingkir.
Akhir kata, konsert minggu 4 idola kecil malam ini memang best sekali dan tahniah kepada adik Balqis dan Puteri kerana persembahan yang sangat best! Namun Hadi nampaknya sedikit goyah dalam konsert minggu 4 ini.  Harap akan ada penambahbaikkan dalam konsert minggu 5 idola kecil 3 nanti.


Lebih Lanjut di: http://www.ar-rifke.com/2010/12/keputusan-idola-kecil-3-minggu-ketigake-3-deera-tersingkir-konsert-minggu-4.html#ixzz17zK1c0aa

Idola Kecil 3 Bermula!!


Setelah mendapat sambutan yang amat mengagumkan sepanjang dua musim berturut-turut, program realiti kanak-kanak No.1 di Malaysia, Idola Kecil kini kembali menghangatkan kaca televisyen anda untuk musim ketiga.

Malam tadi menyaksikan sepuluh peserta cilik memulakan persaingan dengan berentap di atas pentas Idola Kecil 3 (IK3) menerusi konsert pertamanya. Ternyata, persaingan musim terbaru ini lebih sengit memandangkan kesemua peserta hebat-hebat belaka.

Pada konsert pertama, peserta diberi peluang untuk menyanyi lagu kegemaran mereka sendiri. Persembahan mereka pada malam tadi telah diadili oleh juri tetap, Atilia dan juri jemputan Norzizi Zulkifli. Bagi konsert mingguan yang pertama ini, tiada sebarang penyingkiran dilakukan.

“Konsep pada minggu ini adalah bebas di mana peserta diberi kebebasan untuk memilih lagu kegemaran mereka sendiri. Pada hakikatnya, semua peserta pada musim ini layak untuk mendapat gelaran juara IK3 memandangkan kesemuanya hebat-hebat belaka. Kalau boleh nak bawa kesepuluh-kesepuluh peserta ke final, tapi nampaknya tak boleh.

“Walaupun minggu ini tidak ada penyingkiran, namun penyingkiran tetap akan berlaku nanti. Kita tak boleh nak beritahu minggu ke berapa akan ada penyingkiran, kerana akan ada kejutan,”ujar penerbit IK3, Nurul Ashikin Halim ketika ditemui di Studio Glenmarie, Shah Alam, kelmarin.

Peserta dari Kedah, Farra Noradzlina Safwan memulakan persembahan pada malam tadi dengan menyanyikan lagu Ella berjudul Retak. Memiliki suara serak-serak basah, Farra berjaya membuat persembahan dengan baik walaupun dalam keadaan kaki yang tercedera.

“Kaki Farra cedera kerana tersepit dekat tangga masa mandi kolam renang hari itu. Disebabkan insiden itu, Farra menerima lima jahitan. Pada mulanya, Farra rasa gementar sangat, tapi sekarang dah rasa lega. Walaupun kaki Farra cedera, Farra tetap cuba buat yang terbaik.”

Persembahan kedua dibuat oleh Shazlin Salamat menerusi lagu Tak Tercapai Akalmu nyanyian Elyana manakala persembahan ketiga oleh Abdul Hadi Abdul Mazlan dengan lagu Inilah Cinta nyanyian Akim.

“Masa awal-awal menyanyi atas pentas, rasa berdebar dan gementar sangat sebab tengok ramai penonton. Tadi juri pun ada komen, kata saya tak cukup bertenaga dan nampak gementar. Apa-apapun, saya akan cuba buat yang terbaik untuk konsert minggu hadapan,”kata peserta dari Sarawak yang berjaya mendapat keputusan 5A dalam UPSR yang lalu.

Lain pula dengan peserta dari Kuala Lumpur, Hadi, di mana persembahannya yang bersahaja serta mukanya yang comel telah berjaya memikat hati juri dan penonton di studio.

“Hadi rasa seronok bila berada di atas pentas tadi, tapi dalam hati tetap rasa gementar. Mula-mula tu takut juga sebab takut buat salah. Tapi, nasib baik komen juri okay dan tak teruk sangat. Minggu depan saya akan buat lagi baik pada malam ini.”

Sukar untuk menentukan siapa yang hebat antara kesepuluh peserta yang bertanding pada musim ini. Namun untuk setakat ini, peserta yang paling menyerlah ialah Nor Harris Alif Bin Norashidi dari Pulau Pinang.

Harris yang berpengalaman membuat persembahan di beberapa buah tempat sekitar Pulau Pinang berjaya menggamatkan segenap ruang di studio dengan menyampaikan lagu Pelesit Kota dari kumpulan Search. Persembahan rock oleh Harris ternyata memukau dan menghiburkan seluruh penonton dan juga juri.

“Syukur, Alhamdulillah kerana saya dapat komen yang bagus dari pihak juri. Saya gembira sangat dan saya janji akan cuba buat lagi baik untuk minggu hadapan.”

Peserta lain yang membuat persembahan ialah Nurhamilya Adiba Hamzaidi (Permata Biru-Ella), Nadeera Allysha Aminudin (Aku Lebih Tahu-Mila), Angelica Paujin (Gemilang-Jaclyn Victor), Nor Balqis Ahmad Tajudin (Elegi Sepi-Azharina), Muhammad Afif Abdul Halim (Hati Emas-M.Nasir) dan Puteri Aszfaryna Khareeza (Tak Mungkin Kerna Sayang-Alyah).

Pada musim terbaru ini, TV9 akan membawa penonton melihat di sebalik tabir aktiviti-aktiviti peserta di luar kelas dengan menyiarkan Klip Mini IK3 selama 3 minit, pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 7.00 petang dan Klip Ekstra IK3 selama setengah jam pada setiap Jumaat jam 9.00 malam.

Kebanyakan peserta cilik ini sudah pun mempunyai pengalaman dalam membuat persembahan dan ada juga yang pernah berganding dengan penyanyi-penyanyi popular Malaysia. Farra Noradzlina, yang baru sahaja berumur 10 tahun, pernah berkongsi pentas bersama dengan ratu rock Malaysia, Ella. Begitu juga dengan Puteri Aszfaryna Khareeza yang pernah berduet dengan penyanyi popular era 70an hingga 90an iaitu Salamiah Hassan.

Bagi Nor Harris Alif pula, beliau pernah membuat persembahan di Hard Rock Café, Pulau Pinang, bersama kumpulan muziknya sendiri. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa mereka semua mempunyai bakat luar biasa yang akan terus digilap dan sekaligus memperkukuhkan posisi program ini sebagai sebuah platform pencarian bakat utama di Malaysia. Malah ia menjadi satu landasan terbaik dalam pencarian bakat cilik di Malaysia.

Klip Mini Idola Kecil 3 akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis selama 3 minit pada 7.00 petang manakala Klip Ekstra Idola Kecil 3 pula akan bersiaran selama setengah jam pada setiap hari Jumaat jam 9 malam. Klip Ekstra Idola Kecil akan dikendalikan oleh DJ HotFM, Ikhwan yang akan membawa penonton di sebalik tabir aktiviti-aktiviti peserta di luar kelas.

Sementara itu, Alif Satar terus dikekalkan sebagai hos pada musim ini setelah berjaya menambat hati jutaan penonton setia Idola Kecil musim lalu. Kemesraan, keramahan dan kebijaksanaan Alif dalam menangani situasi kerenah peserta Idola Kecil 2 amat terserlah dan memuaskan semua pihak.
Atilia atau nama sebenarnya Raja Putri Atilia binti Raja Haron turut dikekalkan sebagai juri tetap berdasarkan kepada pengalamannya yang pandai berkomunikasi dengan adik-adik ketika di atas pentas. Beliau juga menunjukkan sikap profesional di mana setiap teguran dan pendapat beliau amat bernas serta saksama. Setiap minggu Atilia akan berpasangan dengan seorang juri tempatan dalam menilai prestasi kesepuluh peserta Idola Kecil 3 ini.

Seperti biasa, rutin harian Idola Kecil tidak lengkap tanpa kelas-kelas vokal, tarian dan persembahan. Musim ini, tiga tenaga pengajar berpengalaman dibawa kembali untuk memberi ”sentuhan emas” mereka dalam membentuk penghibur yang versatil. Mereka adalah Cikgu Alfa Booty (komposer), Cikgu Delly (vokal) dan Cikgu Affizal (tarian) yang sudah pun menurunkan ilmu tidak ternilai mereka pada musim-musim sebelum ini.
Untuk mendapat maklumat terperinci berkaitan Idola Kecil 3 serta aktiviti-aktviti menghiburkan yang terdapat di dalam Idola Kecil 3 ini, jangan lupa untuk melayari laman web rasmi www.tv9.com.my/idolakecil3. Menangi hadiah menarik menerusi HotFM yang juga merupakan radio rasmi bagi Idola Kecil 3. info - gua.com